Resepi Sotong Bakar Sumbat Telur Bersos Thai

Resepi Sotong Bakar Sumbat Telur Bersos Thai

Bahan-Bahan:

Sotong bersaiz besar 6 ekor

Bahan Inti –

Telur 5 biji
Lada besar – dimayang
Daun ketumbar
Garam

Cara Memasak:

1. Kacau bahan-bahan di atas dan jadikan telur hancur.

2. Sumbat dalam perut sotong sampai gemuk dan masukkan kepala sotong kemudian letak lidi supaya tidak tercabut.

3. Siap sumbat sotong, ambil sedikit kicap manis, sos tiram dan sos sotong lumur pada sotong. Perapkan sekejap sebelum di bakar.

4. Bakar sehingga masak kemudian curahkan sos ke atas sotong.

Bahan Untuk Sos –

Tomato 2 biji – kisar
Bawang besar 2 biji -kisar
Bawang putih 4 ulas -kisar
Lada kecik 5 biji -kisar
Lada besar 4 biji – kisar
Sos sotong 2 sudu
Lemon 3 biji
Garam dan gula
Daun ketumbar

Cara Memasak:

1. Kisar bahan di atas kemudian masak sos tersebut. Masukkan isi perahan lemon, garam, gula dan sos sotong.

2. Seimbangkan rasa masam, manis dan masin. Taburkan daun ketumbar ke dalam sos. Curahkan ke atas sotong yang siap dibakar, Siap!

Resepi Oleh: Shikin Jaiz dari FB Group MAHN

Comments are closed.