Resepi Makaroni Bakar

Resepi Makaroni Bakar

Bahan-Bahan:

2 cawan makaroni (Direbus sampai lembut)
500 gm daging kisar (cincang)
3 sudu rempah kari
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1 sudu lada hitam*
1/2 inci halia*
Sedikit minyak jagung+sedikit mentega untuk menumis
1 tin susu cair ideal+1 tin air
sedikit daun bawang/sup (pilihan)
sedikit bawang goreng
4 biji telur – dipukul
Garam secukupnya
Sedikit parutan mozarella/cheddar cheese

Semua bahan bertanda * di tumbuk

Cara Memasak:

1. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah hingga naik bau.

2. Masukkan daging kisar/cincang dan goreng hingga masak dan perasakan dengan garam.

3. Masukkan susu cair, air dan bawang goreng kemudian dimasak sekejap.

4. Makaroni yang dah direbus ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.

5. Masukkan bahan daging yang dah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni dan gaul rata. Boleh tambah cheeddar cheeseyg dah diparut sekali.

6. Masukkan dalam dulang/loyang pembakar , tuangkan telur diatas macaroni, tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.

7. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170 darjah celcius atau hingga masak. Hidangkan.

Comments are closed.