Resepi Sotong Petai Sambal Nyonya
Resepi Sotong Petai Sambal Nyonya
Bahan-Bahan:
Cili kering dibersihkan dan direbus. Toskan.
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Sedikit cili api (jika perlu)
Daun ketumbar (batang dan akarnya sahaja)
Minyak masak
Cara Membuat:
1. Semua diblend hingga lumat. Tumis seperti sambal biasa hingga garing (guna api kecil) dan masukkan sos plum, garam, gula dan serbuk lada hitam. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan bawang holand hiris kasar. Bila bawang sedikit layu masukkan petai. Besarkan api sedikit terus masukkan sotong yang telah dibersihkan. Gaul rata.
3. Pastikan api besar dan kacau jangan bagi hangit. Masukkan daun ketumbar (daun sahaja) lebihan dari yang diblend untuk sambal. Perasakan jika perlu.
Tips:
1. Sotong keringkan dengan kitchen towel dahulu dan digaul dengan sedikit garam dan gula dan sejukkan dalam fridge dalam 30 minit, baru digoreng dalam sambal.
2. Take note nyonya hanya gunakan gula garam serbuk lada hitam dan sos plum sebagai perasa. No MSG. Blend bahan bahan dengan air yang sedikit sahaja.
3. Sotong jangan dimasak terlalu lama akan keluar air sotong dan sotong menjadi liat. Jika gunakan sotong yang tiada telor boleh digoreng dahulu sotongnya dalam 2-3 minit dengan suhu minyak yang panas.
Selamat Mencuba
Resepi Oleh: Neo Specialities