Resepi Agar-Agar Mozek

Resepi Agar-Agar Mozek

Bahan-Bahan:

1 bungkus Agar-agar tali
Gula (ikut manis yg diingini)
1100 ml Air
3/4 tin Susu cair
Pewarna ikut kreativiti

Cara Membuat:

• Masak agar-agar dengan air sehingga larut.
• Setelah larut boleh masukkan gula & masak hingga sebati.
• Tutup api & bahagikan sedikit adunan dalam 3-4 bekas untuk diwarnakan.
• Biarkan sejuk sebentar & masukkan dalam peti sejuk bahagian beku sekejap.

• Sementara itu panaskan semula baki agar-agar dalam periuk tadi.
• Masukkan susu cair & masak sekejap.

• Agar-agar warna yang dah beku boleh dikeluarkan & potong dadu.
• Masukkan dalam loyang & tuangkan agar-agar susu tadi.
• Sejukkan sebentar & masukkan dalam peti sejuk. Hidangkan.

Resepi Oleh: Norazlina Mohamed Razali