Resepi Popia Sira Kacang Bilis

Popia Sira Kacang Bilis snack yang paling sedap untuk mengunyah petang-petang ni duduk depan tv. Leka aje tak cukup sebalang. Jom buat popia ni senang je.

Resepi Popia Sira Kacang Bilis

Bahan-Bahan:

1 paket kulit popia dan 1 biji telur pukul sikit.
Kacang dan bilis digoreng terlebih dulu.

Bahan-bahan untuk sambal:

5 sdb cili kisar
1 biji bawang besar dikisar
2 biji bawang putih dikisar
bijan
garam
5 sdb gula

Cara Membuat:

1. Ambik sehelai kulit popia gulung kemudian lekatkan dengan telur. Kemudian gunting dan goreng dalam minyak penuh hingga warna keperang-perangan. Angkat dan toskan sebentar.

2. Tumiskan semua yang dikisar tadi, masukkan garam dan gula. Biarkan hingga pekat dan gula hancur. Tutup api dan terus masuk popia, kacang, dan ikan bilis yang digoreng tadi. Kacau sebati. Siap ok!

Selamat Mencuba

Resepi Oleh: Adlina Nur – MAHN