Resepi Peanut Butter Marble Bar

Resepi Peanut Butter Marble Bar

Tak perlu bakar tak perlu kukus coklat peanut butter marble bar ni. Lorek-lorek buh dalam peti 2 jam leh makan dah. Budak-budak suka ni. Comel je tengok. Resepi disediakan. Tak manis sebab guna dark coklat. Pilih yang kandungan koko tinggi. Kalau guna milk coklat, memang manis.

Bahan-Bahan:

200 gram biskut marie cerah (CA guna biskut jenis digestive dia mudah hncur)
120 gram peanut butter
70 gram unsalted pure butter (kalau nk guna buttercup pon boleh terpulang)

Cara Membuat:

1. Hancurkan biskut ikut lah nak pakai pengisar atau manual. Lepas tu masukkan butter dengan peanut butter. Kisar bagi sebati.

2. Masukkan dalam bekas yang dah dilapik dengn baking paper. CA guna loyang 6 inci petak. Tekan tekan bagi padat dan ketepikan.

3. Double boil 200 gram dark coklat. Ratakan dalam bekas. Double boil 60 gram peanut butter dan letak atas permukaan coklat tadi. Lorekkan ikut suka.

4. 2 jam dalam peti sejuk, keluarkan dan biarkan 10 minit suhu bilik dah boleh potong dah.

5. CA guna dark coklat sebab suka rasa coklat. Boleh guna milk choclate dan sebagainya. Tak menyesal cuba. Memang sedap.

Silakan Share

Resepi Oleh: Cik CA – MAHN

Be the first to comment on "Resepi Peanut Butter Marble Bar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*