Resepi Paprik Ayam Thailand

Bahan-Bahan:

Bahan 1 –

Ayam potong dadu
Serbuk kunyit
Garam

Bahan 2 –

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 hiris halia
(Tumbuk lumat 3 bahan ni)
1 sudu besar serbuk cili alagapas
Sedikit daun limau purut
1 batang serai dititik
Sos tiram
Sos cili
Kicap manis cap kipas udang
Garam
Perasa

Bahan 3 –

Bunga kobis
Kacang panjang
Bawang besar
Cili besar

Cara Memasak:

1. Isi ayam digaul bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng separa masak. Ketepikan.

2. Tumis 3 bahan yang ditumbuk dengan serbuk cili sehingga garing kemudian masukkan serai dan daun limau purut tumis lagi sehingga serai layu.

3. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap (kicap letak sikit je just nak bagi warna sos paprik tu nampak merah pekat). Kemudian, masukkan garam dan perasa.

4. Apa bila sos sudah masak, masukkan isi ayam yang telah digoreng separa masak tadi. Masukkan sayur-sayur dan tunggu sehingga sayur masak. Angkat dan hidangkan.

Resepi Oleh: Nurbaizura SaNi – MAHN

Comments are closed.