Resepi Kari Ayam Hijau Thai
Resepi Kari Ayam Hijau Thai
Bahan-Bahan:
- Ayam – potong kecil-kecil dan cuci bersih
- 2 sudu besar minyak masak
- 4 sudu besar pes kari hijau Thai (saya guna jenama Dancing Chef)
- 2 cawan santan (500 ml)
- 1 biji terung Thai – terung Thai lebih kecil berbanding dengan terung biasa dan kulitnyer berwarna hijau dan putih berkrim
- 20 biji terung bulat kecil
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 sudu teh gula
- 4 helai daun limau purut – disiat-siat
- 2 tangkai cili hijau – dihiris nipis
- 20 helai daun selasih
- Daun ketumbar
Rempah Ratus –
- 1/2 sudu teh jintan putih
- 1/2 sudu teh ketumbar
Cara Memasak:
1. Goreng rempah ratus tampa minyak dalam kuali diatas api sederhana dan kacau hingga harum. Alihkan ke dalam batu lesung dan tumbuk halus jika suka. Jika tidak, gunakan dalam bentuk asalnyer.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali atau periuk. Masukkan pes kari Thai dan rempah ratus. Tumis atas api sederhana sehingga harum. Kecilkan api dan tambah santan, sedikit demi sedikit, kacau setiap kali dimasukkan. Apabila semua santan telah dimasukkan, didihkan dan kemudian renehkan selama 1 minit.
3. Tambah ayam dan kedua-dua jenis terung. Renihkan selama 10 minit atau sehingga ayam empuk dan masak. Kemudian masukkan sos ikan, gula, daun limau perut dan cili hijau. Renihkan selama 5 minit lagi.
4. Bubuh daun selasih dan kacau, kemudian alihkan ke dalam mangkuk atau pinggan hidang dan hiaskan dengan taburan daun ketumbar. Hidangkan hangat-hangat dengan nasi putih.
Resepi Oleh: Kesavan Supramaniam