Kuih

Resepi Cucur Badak Udang Seekor

resepi-cucur-badak-udang-seekor

Resepi Cucur Badak Udang Seekor

Bahan-Bahan:

Untuk Inti –

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 150 gram udang kering (rendam dan kisar)
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 10 tangkai lada merah
  • 1 cm halia
  • 3 batang serai
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak masak

Untuk Doh –

  • 250 gram keledek (rebus dan lenyek)
  • 3 1/2 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Untuk Hiasan –

  • Beberapa ekor udang dibasuh bersih

Cara Buat:

Untuk Inti –

1. Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.

2. Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

Untuk Kuih –

1. Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.

2. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya dan tempek udang di atas cucur badak ini.

3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali. Goreng doh yang telah diisi inti hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.

Tips: Untuk doh tidak melekat pada tapak tangan kita semasa menbentuk, lumurkan telapak tangan dengan minyak masak supaya senang menbentuk doh.

Resepi Cucur Badak Udang Seekor

Resepi Oleh: Reen Khan

0 Comments

Reply your comment

Your email address will not be published. Required fields are marked*