Resepi Kuih Cara Berlauk

Resepi Kuih Cara Berlauk

Bahan-Bahan:

200gm ayam kisar
2 sdb rempah kari daging – dibancuh dengan air
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 btg serai
daun sup
cili merah
garam

Bahan Kuih Cara –

3 cwn santan cair
2 cwn tepung
2 biji telur
pewarna kuning
garam.

Cara Membuat:

1. Kisar bawang putih dan bawang merah. Kemudian titikkan serai.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang dan serai. Masukkan rempah kari dan tumis sehingga pecah minyak.

3. Seterusnya, masukkan ayam kisar. Jika perlu tambahkan sedikit air dan masak ayam hingga empuk. Perasakan dengan garam.

4. Kacau sebati hingga kering. Setelah siap, angkat dan ketepikan.

5. Untuk buat kuih. Blend telur, garam, tepung dan santan. Tapis adunan dan titiskan pewarna kuning. Kacau sebati.

6. Selepas itu, panaskan acuan kuih dengan menyapu sedikit minyak.

7. Tuangkan adunan 3/4 penuh dan masukkan 1 sudu kecil inti ayam, hirisan cili merah dan tabur kan daun sup.

8. Tutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Oleh: Fauziah Yahya

Comments are closed.