Resepi Cream Cheese Chocolate Chips Cookies

Alkisah mak buyung terjumpa resepi ni kat myresepi, termengidam pulakk, pastu try buat sendiri. Bahan pun simple je. Mudah dan cepat nak buat. Rasa dia ya rabbi sedap lemak-lemak cheese campur dengan manis choc chips. Bertambah lagi lah berat badan ni.

Resepi Cream Cheese Chocolate Chips Cookies (Tanpa Telur)

Bahan-Bahan:

170 g cream cheese (saya guna Philadelphia) – dibiarkan pada suhu bilik
185 g mentega – lembut
200 g gula perang
100 g gula icing
1 sk esen vanilla
200 g choc chips
230 g tepung gandum*
1/2 sk bakiing soda*
1 sk serbuk koko*

Ayak bahan bertanda *

Cara Membuat:

1. Pukul cream cheese, mentega, gula perang, gula icing dan esen vanilla hingga rata.

2. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan gaul rata dengan senduk kayu.

3. Masukkan choc chips dan gaul adunan hingga sebati. Adunan agak lembik tapi jangan ditambah tepung.

4. Bubuh sesudu kecil adunan dan susun berjarak diatas loyang pembakar.

5. Bakar pada suhu 160c selama 15-20 min atau hingga kecoklatan ikut kepanasan oven masing-masing.

6. Bila dikeluarkan dari oven adunan memang agak lembik, dah sejuk nanti dia rangup. Masuk dalam bekas kedap udara.

Resepi Oleh: Putri Noor Saadah dari FB Group MAHN

Comments are closed.