Resepi Roti Tuna Gulung

Resepi Roti Tuna Gulung

Bahan-Bahan:

1 buku roti sandwich
Tuna dlm tin
Serbuk roti/bread crumb
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit mayonis
2 biji telur

Cara Membuat:

1. Ambil roti, kemudian potong 2 giling nipis dengan pencanai.

2. Hancurkan isi tuna dengan garfu. Kemudian, masukkan sedikit mayo dan serbuk lada hitam. Gaul sebati.

3. Masukkan tuna atas roti tadi kemudian gulung. Celupkan roti tadi secara bergilir dengan telur dan serbuk roti. Buat sampai habis.

4. Panaskan minyak dan goreng dengan api yang perlahan sehingga keperang-perangan. Angkat dan sedia untuk dimakan bersama sos kegemaran anda.

Resepi Oleh: Fauziah Yahya

Comments are closed.