Resepi Ayam Masak Lemon Mudah

Resepi Ayam Masak Lemon Mudah

Bahan-Bahan:

1 keping dada ayam
3 sudu penuh tepung jagung
1 biji telur
1 kiub ayam
1cawan air
3 sudu gula
Perahan jus lemon ( 1 biji)
Lada sulah
Garam
Ajinomoto (secukup rasa)
1 inci halia (dihiris halus)
Daun bawang
Cili merah
Minyak untuk menggoreng
1sudu tepung jagung campur dengan sedikit air untuk memekatkn kuah

Cara Memasak:

1. Potong dada ayam mengikut saiz yang dikehendaki, masukkan garam, lada sulah, ajinomoto, telur dan tepung jagung. Gaul rata.

2. Panaskan minyak dan goreng ayam sampai masak, toskan.

3. Masukkan air, kiub ayam, perahan jus lemon, dan gula. Masak sampai mendidih. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sampai pekat.

4. Bila dah pekat, kecilkn api, masukkan halia yang dihiris halus, rasa masam manis sos. Kalau dah puas hati, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata.

5. Bila dah masak, tabur cili merah dan daun bawang untuk hiasan. sedia untuk dihidangkan

Resepi Oleh: Alieya soelihah dari FB Group MAHN

Comments are closed.