Resepi Kuih Serabai dan Kuah Santan Gula Melaka
Resepi Kuih Serabai dan Kuah Santan Gula Melaka
Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung beras
- 3/4 cawan nasi sejuk
- 1 sudu kecik yis
- 1/2 cawan santan
- 1 cawan air
- 1/2 cawan air suam
- 2 sudu besar gula
- sedikit garam
Caranya:
1. Yis, gula dan sedikit air suam dicampur dalam 1 bekas dan biarkan selama 5 minit untuk memastikan yis aktif.
2. Kisar nasi sejuk dengan 1 cawan air tadi. Bila dah hancur nasi tu masukkan garam, tepung beras, santan, dan bancuhan yis tadi. Kacau sebati.
3. Biarkan selama 2 jam lebih dalam bekas tertutup. Panaskan acuan kuih serabai atau dalam pan kecik atau dalam acuan kuih bakar.
4. Sapu dengan sedikit minyak dalam acuan tersebut. Bila dah betul-betul panas acuan tu, masukkan adunan dalam acuan. Sederhanakan api dapur dan tutup acuan.
5. Bila agak-agak dah kering permukaan atas tu menandakan ia dah masak. Cungkil guna benda tajam untuk keluarkan kuih dari acuan. Siap.
Kuah Santan Gula Melaka
Bahan-Bahan:
- 1 keping gula melaka
- 2 mangkuk santan sederhana pekat
- Gula jika perlu
- Daun pandan disimpul
- Sedikit garam
- 1 sudu tepung gandum*
- sedikit air*
*Tepung gandum dan air bancuh terlebih dahulu.
Caranya:
1. Gula melaka dan sedikit air dimasak dahulu kemudian ditapis untuk membuang bendasing.
2. Masukkan santan, daun pandan, sedikit garam dan bancuhan air gula melaka tadi. Masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau, jika kurang manis tambah la gula dan masukkan campuran gandum tadi untuk memekatkan kuah.
3. Kacau sentiasa sehingga masak. Hidangkan dengan kuih serabai yang telah siap tadi.
Resepi Oleh: Rashidah Zainal