Resepi Ais Krim Homemade

Ais Krim Homemade Paling Mudah dan Sedap

Ni saya dah buat minggu lepas. Klu coklat saya guna serbuk coco, yang kuning tu perisa jagung, yang pink tu rasa strawberry. Memang sedap, tak perlu lagi lah rasanya nak beli dekat kedai bila teringin nak makan ais krim. Selain sedap, kos bahan-bahan pun tak lah mahal sangat. Saya dapat buat 5 bekas hanya setin susu pekat manis, setin susu cecair. Selebihnya perisa dan ovalette dan vanila. Nak sedap lagi letakkan sedikit tepung jagung.

Resepi Ais krim Homemade:

✔️ 1 tin susu cair
✔️ 1 sdb ovalette
✔️ 2 sdb susu pekat manis (kalau rasa kurang manis boleh tambah sampai secukup rasa)
✔️ 1 sdk esen vanila
✔️ Milo secukupnya (Tak kisah nak letak banyak mana, kalau takde milo guna koko pun boleh)

Kalau tak suka milo boleh je tukar perisa lain macam strawberi, jagung, keladi or ape je.

Cara Buat:

Campurkan semua bahan-bahan kat atas tu, kemudian pukul guna mixer or blend je sampai sebati dan pekat, pastu boleh la tuang dalam bekas dan sejukkan semalaman.

Selamat mencuba

Resepi Oleh: Ummu Hani Mohd Yusuf

Jangan Lupa Share dengan Kawan-Kawan

Comments are closed.