Resepi Ice Milk Green Tea

Resepi Ice Milk Green Tea

Bahan-Bahan:

Serbuk Teh Hijau (Chatramue Brand)
Susu Sejat (krimer cair)
Susu Pekat Manis
Gula
Ais batu

Cara Membuat

1. Masukkan serbuk teh hijau (setengah sudu cukup) ke dalam gelas plastik (kalau ada).

2. Tuang air panas setengah gelas dan kacaukan. Kemudian tapiskan. Ambil air yang telah ditapis tadi tambah lagi air panas sehingga 180ml.

3. Masukkan gula 2 sudu besar, kacaukan. Masukkan 2 sudu susu pekat dan kacau lagi.

4. Kemudian asingkan ke dalam bekas yang lebih besar dari gelas tadi haha. Tak tukar pun takpe kalau gelas tadi dah besar.

5. Masukkan ais batu. Pastikan ais batu dipecah kecik-kecik. Kalau beli ais cube tu pecah-pecahkan. Masukkan ais batu sampai penuh.

6. Last sekali tuang susu sejat (krimer) kat atas sekali. Yang ni aku takde sukatan. Ikut suka. Jangan banyak sangat kang hilang green tea nanti. Maka dengan itu siaplah.

Resepi Oleh: feedy