Nasi, Daging

Resepi Nasi Daging Utara Dengan Air Asam

resepi-nasi-daging-utara-dengan-air-asam

Resepi Nasi Daging Utara Dengan Air Asam

Hari ni masak nasi daging utara. Suami request buat kali kedua. Sedap sangat dia kata.

Suami kata “Untung kawen dengan orang Kedah, pandai masak”

Nak RESEPI? Meh kak fana share. Tapi sukatan tak dak na. Kita main campak campak baling masuk periuk ja hahahah.

Cara Masak:

  1. Daging fresh rebus dulu
  2. Rebus sekali kulit kayu manis + bunga lawang + jintan manis + buah pelaga + sedikit garam.
  3. Rebus sampai daging tu separuh masak. Air rebusan tu kang nak guna buat masak nasi

Bahan Nasi:

  • 2 cawan beras basmathi (Beras rendam dulu sejam dengan sedikit garam bagi kembang)
  • 3 cawan air rebusan daging (pakai cawan yang sama dengan sukatan beras 1 cawan beras = 1 setengah cawan air)
  • Minyak sapi
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada hitam
  • Serai
  • Serbuk kari daging (tak payah banyak)
  • Serbuk kurma (letak lebih sikit untuk sedap)
  • Serbuk kas kas (sedikit sahaja)
  • Garam
  • Buah tomato
  • Daun ketumbar

Cara Buat:

1. Mula-mula tumbuk bawang merah, putih, dan halia. Tumis bahan tumbuk tadi dengan minyak sapi dalam periuk sampai agak garing.

2. Masuk rempah kurma, sedikit rempah kari daging, serai, lada hitam yang ditumbuk, garam, serbuk kas kas, dan sedikit air. Tumis sampai pecah minyak.

3. Masuk 3 cawan air rebusan daging. Kemudian, masukkan beras yang direndam tadi. Tos dulu buang air. Kacau-kacau sikit beras tu dalam periuk.

4. Bila nasi dah agak masak. Masuk daging yang direbus dan telah empuk serta daun ketumbar dalam periuk. Kacau-kacau biar masak bersama nasi. Tutup api. Siap.

Resepi Nasi Daging Utara Dengan Air Asam

Bahan Untuk Air Asam:

  • Cili padi
  • Asam jawa
  • Garam
  • Belacan
  • Kerisik
  • Buah tomato
  • Bawang kecil

Cara Buat:

1. Tumbuk cili padi, garam, dan belacan sampai agak lumat. Kemudian, masukkan dalam mangkuk. Perah air asam jawa pekat-pekat.

2. Gaulkan dengan cili tumbuk tadi. Potong bawang dan tomato nipis-nipis. Boh sekali dalam bahan cili. Last sekali boh kerisik sikit. Yummmm sedap.

Resepi Oleh: Nor Fahana

1 Comments

1 Comments

  1. Fynaz
    14/06/2019 at 2:07 pm

    Kak yg rempah2 tu smua bnyk mna?

Reply your comment

Your email address will not be published. Required fields are marked*