Senang Masak

Type and hit Enter to search

  • Utama
  • Resepi
    • Ayam
    • Biskut
    • Roti
    • Kuih
    • Daging
    • Seafood
    • Masakan Barat
    • Sarapan
  • Hantar Resepi
  • Penafian
  • Hubungi
AyamMasakan Thai

Resepi Kari Ayam Hijau Thai

SM Team
12/05/2019 2 Mins Read
581 Views
0 Comments

Resepi Kari Ayam Hijau Thai

Bahan-Bahan:

  • Ayam – potong kecil-kecil dan cuci bersih
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 4 sudu besar pes kari hijau Thai (saya guna jenama Dancing Chef)
  • 2 cawan santan (500 ml)
  • 1 biji terung Thai – terung Thai lebih kecil berbanding dengan terung biasa dan kulitnyer berwarna hijau dan putih berkrim
  • 20 biji terung bulat kecil
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu teh gula
  • 4 helai daun limau purut – disiat-siat
  • 2 tangkai cili hijau – dihiris nipis
  • 20 helai daun selasih
  • Daun ketumbar

Rempah Ratus –

  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 1/2 sudu teh ketumbar

Cara Memasak:

1. Goreng rempah ratus tampa minyak dalam kuali diatas api sederhana dan kacau hingga harum. Alihkan ke dalam batu lesung dan tumbuk halus jika suka. Jika tidak, gunakan dalam bentuk asalnyer.

2. Panaskan minyak masak dalam kuali atau periuk. Masukkan pes kari Thai dan rempah ratus. Tumis atas api sederhana sehingga harum. Kecilkan api dan tambah santan, sedikit demi sedikit, kacau setiap kali dimasukkan. Apabila semua santan telah dimasukkan, didihkan dan kemudian renehkan selama 1 minit.

3. Tambah ayam dan kedua-dua jenis terung. Renihkan selama 10 minit atau sehingga ayam empuk dan masak. Kemudian masukkan sos ikan, gula, daun limau perut dan cili hijau. Renihkan selama 5 minit lagi.

4. Bubuh daun selasih dan kacau, kemudian alihkan ke dalam mangkuk atau pinggan hidang dan hiaskan dengan taburan daun ketumbar. Hidangkan hangat-hangat dengan nasi putih.

Resepi Kari Ayam Hijau Thai

Resepi Oleh: Kesavan Supramaniam

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Click to share on Pinterest (Opens in new window) Pinterest

Related posts:

  1. Resepi Paprik Ayam Thailand
  2. Resepi Ayam Tandoori Guna Air Fryer
  3. Resepi Ayam Garlic Butter
  4. Resepi Nasi Ayam Sedap

Tags:

ayamkarikari ayamkari ayam hijaukari ayam hijau thaimasakan ayammasakan thairempah ratusresepi kari

Share Article

Follow Me Written By

SM Team

Other Articles

Previous

Resepi Kuih Lapis Seri Wangi Tepung Beras

Next

Resepi Cucur Badak Udang Seekor

Next
13/05/2019

Resepi Cucur Badak Udang Seekor

Previous
11/05/2019

Resepi Kuih Lapis Seri Wangi Tepung Beras

No Comment! Be the first one.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

All Right Reserved!

  • Utama
  • Resepi
    • Ayam
    • Biskut
    • Roti
    • Kuih
    • Daging
    • Seafood
    • Masakan Barat
    • Sarapan
  • Hantar Resepi
  • Penafian
  • Hubungi
 

Loading Comments...