Resepi Gulai Kuning Ikan Merah
Resepi Gulai Kuning Ikan Merah
Bahan-Bahan:
1 kg bahagian kepala
1/2 inci lengkuas *
4 ulas bawang merah saiz 50 sen baru *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci kunyit hidup *
1 biji cili api *
1 sudu makan cili kisar
200 ml santan pekat
1 cawan air kosong
1 keping asam keping
Sedikit garam,gula,serbuk perasa
Cara Memasak:
1. Isi kepala ikan digaul dengan garam dan diperap semalaman. Tumbuk lumat bahan yang bertanda.
2. Dalam periuk, masukkan bahan tumbuk tadi bersama santan, air, cili kisar, asam keping. Buka api dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
3. Bila gulai kuning anda dah mendidih, tambahkan isi ikan yang dah dipotong bersama lada besar jika mahu. Biarkan masak selama 10-15 minit perasakan ikut selera garam gula dan serbuk perasa.
Silakan Share
Resepi Oleh: Cik CA