Resepi Pecal Mak Tun
Tengahari tadi mak saya buat. Saya kongsikan jika ada yang teringin untuk di buat juadah bersama keluarga.
Cara Buat Pecal Mak Tun
Sayur-Sayur yang digunakan:
Pucuk Ubi
Pucuk Paku
Kangkung
Paku Rawan
Nangka muda
Jantung pisang
Taugeh
Cara-Cara:
1. Sediakan besen berisi air + ais untuk merendam sayur yang di celur bagi mengelakan sayur menjadi layu selepas dicelur (over cooking)
2. Celur semua sayur dan sejat supaya kering.
Tauhu di goreng
Timun
Resepi Kuah Pecal:
500gm kacang tanah india
10biji bawang kecil ros
5biji. bawang putih
20 tangkai cili kering
1/2inch belacan
3 cawan air
2 sudu asam jawa
1keping gula kabung
Cara-Cara:
1. Goreng kacang tanah dengan sedikit minyak sehingga perang dan ketepikan.
2. Kemudian goreng bawang ros dan bawang putih dengan minyak lebihan kacang tadi sehingga perang dan ketepikan.
3. Goreng belacan sehingga garing ketepikan. Goreng cili kering sehingga garing ketepikan.
4. Blender bahan satu persatu dengan 3’cawan air dan kemudian satukan di dalam kuali yang di gunakan tadi.
5. Asam jawa di ramas bersama air tadi kemudian di masukan ke dalam kuali. Gula kabung di masukan bersama.
6. Kacau sehingga pekat dan perasakan dengan garam. Sedia untuk di hidangkan bersama sayuran.
Resepi Oleh: Aezach AR – MAHN