Resepi Kek Lava Volcano Meletus

Resepi Kek Lava Volcano Meletus

Bahan Kek Coklat:

Bahan A –

1 cawan gula kastor (gula pasir yang dah dikisar pun boleh)
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
3/4 cawan serbuk koko
3/4 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair

+ Satukan semua ini dalam periuk dan masak sekejap jer, agak periuk tu panas dah ok. Kacau sampai gula larut.

Bahan B –

2 biji telur
1 sdt esen vanilla

+ Blend 2 bahan ni 2-3 minit jer)

Bahan C –

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sdt baking soda
1 sdt baking powder

Caranya:

Panaskan kukusan hingga air mendidih, api sederhana perlahan.

Gris nipis loyang saiz 7 atau 8 guna mentega dan tabur sedikit tepung (supaya kek yang dah masak tak melekat pada loyang saiz bila terbalikkan nanti. Saya guna acuan plastik saiz 6 inci. Sapu mentega atau minyak dan tabur sedikit tepung.

Satukan bahan A dan bahan B, kacau sebati. Masukkan pula bahan C, kacau sebati. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan. Kukus 1 jam (loyang saiz 6 inci 35-40 minit).

Ganache untuk Lava Cake:

Bahan –

300g dark choc
175gram whipping cream non-dairy (saya guna vivo)
95g susu cair

Caranya –

Masak secara double boiler, kacau guna whisk. Dah elok cair dan sebati tutup api. Biarkan betul-betul sejuk. Saya suka buat malam, esoknya baru saya guna.

Silakan share

Resepi Oleh: Mariana Zainal