Senang Masak

Type and hit Enter to search

  • Utama
  • Resepi
    • Ayam
    • Biskut
    • Roti
    • Kuih
    • Daging
    • Seafood
    • Masakan Barat
    • Sarapan
  • Hantar Resepi
  • Penafian
  • Hubungi
AyamNasi

Resepi Nasi Ayam Sedap

SM Team
19/03/2018 2 Mins Read
375 Views
0 Comments

Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap

Resepi ini adalah untuk sesuai untuk 4 orang makan

Bahan-Bahan:

Bahan Untuk Ayam (direbus) –

1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam

Bahan Untuk Ayam (diperap) –

1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan

Bahan Untuk Nasi –

3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan Untuk Sos –

5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan Untuk Sup –

Air rebusan ayam
1 biji bawang besar, dikisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang yang dihiris

Bahan Untuk Kuah Kicap –

Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam

Cara Membuat:

Cara Penyediaan Ayam –

1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yang diketuk. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.

2. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam).

3. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara Memasak Nasi –

1. Basuh beras dan tos air. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis (bahan bertanda *), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.

2. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara Memasak Sup –

1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.

2. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara Membuat Sos –

Kisarkan semua bahan di atas (boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma)

Cara Membuat Kuah Kicap –

Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips:

Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Boleh cuba pula Resepi Nasi Ayam Thai.

Silakan Share

Resepi Nasi Ayam Sedap

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Click to share on Pinterest (Opens in new window) Pinterest

Related posts:

  1. Resepi Nasi Beriyani Ayam Masak Merah
  2. Resepi Ayam Garlic Butter
  3. Resepi Ayam Tandoori Guna Air Fryer
  4. Resepi Nasi Lemak Pandan Ayam Berempah

Tags:

ayamnasi ayamnasi ayam sedapresepi ayamresepi nasiresepi nasi ayam

Share Article

Follow Me Written By

SM Team

Other Articles

Previous

Resepi Kek Cheese Viral 3 Bahan

Next

Resepi Agar-Agar Mozek

Next
19/03/2018

Resepi Agar-Agar Mozek

Previous
18/03/2018

Resepi Kek Cheese Viral 3 Bahan

All Right Reserved!

  • Utama
  • Resepi
    • Ayam
    • Biskut
    • Roti
    • Kuih
    • Daging
    • Seafood
    • Masakan Barat
    • Sarapan
  • Hantar Resepi
  • Penafian
  • Hubungi
 

Loading Comments...