Koleksi Resepi Kuih Talam Mudah Tapi Sedap
Niaga Kuih Talam kecil-kecilan. Talam Jagung, Talam Labu Kuning, Talam Keledek, Talam Seri Muka dan Bingka Ubi. Besok seawal 2.30 am sudah bangkit buat persiapan. Ada yang sama turun niaga besok?
Saya edit post sebab ada yang nak resepi kuih talam. Mudahan perkongsian ni sedikit sebanyak dapat membantu sahabat-sahabat yang berniat nak buat kuih talam.
1. Talam Keledek Ungu
Lapisan Bawah:
- 2 cawan santan pekat
- 1 cawan air
- 1 1/2 cwn tepung gandum
- Sedikit garam
- 2-3 titis pewarna violet (ungu)
Blend dan tuang ke dalam loyang. Kukus 20 minit.
Lapisan Atas:
- 250g keledek (potong dadu) kukus sehingga masak
- 2 cwn santan
- 1 cwn air (bancuh bersama 2 penutup perisa keladi)
- 1 1/2 cwn tepung gandum
- 1 cwn gula
- Sedikit garam
Blend dan tuang atas lapisan bawah. Taburkan buah keledek ungu ke dalam adunan lapisan atas. Kukus selama 20 minit
2. Bingka Ubi Kayu
Bahan-Bahan:
- 6 cawan ubi parut
- 2 cawan santan pekat
- 1 sudu tea garam
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan gula apong/gula merah
- Sedikit pewarna kuning
Cara Buat:
- Gaul semua bahan hingga sebati dan tuang ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 200°c (api atas dan bawah).
3. Talam Labu Kuning
Lapisan Bawah:
- 2 cawan santan pekat
- 1 cawan air
- 1 1/2 cwn tepung gandum
- Sedikit garam
- 2-3 titis pewarna oren
Blend dan tuang ke dalam loyang. Kukus selama 20 minit.
Lapisan Atas:
- 250g labu (potong dadu) kukus sehingga masak
- 2 cwn santan
- 1 cwn air
- 1 1/2 cwn tepung gandum
- 1 cwn gula
- 2-3 titis warna kuning
- Sedikit garam
Blend dan tuang atas lapisan bawah. Taburkan labu kuning ke dalam adunan lapisan atas. Kukus selama 20 minit
4. Talam Seri Muka
Lapisan Bawah:
- 2 cwn pulut
- 2 cwn santan cair
- 1 sdk minyak
- Sedikit garam
Cara-cara:
- Cuci pulut dan rendamkan selama 2 jam.
- Masukkan pulut yang telah direndam ke dalam loyang yang sudah digris minyak atau alas plastik. Tuangkan santan cair yang dicampur sedikit garam. Tambahkan sedikit minyak dan kukus selama 30 minit atau sehingga pulut masak.
- Sementara tunggu lapisan bawah masak, sediakan bahan-bahan untuk lapisan atas.
- Setelah pulut masak, tekan-tekankan pulut sehingga padat.
- Masukkan semula ke dalam kukusan, dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas:
- 1 cawan air
- 2 cawan santan
- 1 cawan gula pasir
- 1 biji telur gred B
- 50g tepung gandum
- 50gtepung kastard
- 25g tepung beras
- 1 sdk garam
- Sedikit pasta pandan
Cara-cara:
- Satukan santan, gula, dan telur ke dalam blender dan kisarkan.
- Masukkan tepung gandum, tepung kastard, tepung beras, garam dan pewarna. Kisar lagi sampai sebati.
- Kemudian masukkan adunan yang telah diblender ke dalam periuk. Masakkan sebentar adunan tadi dengan api yang sangat perlahan. Kacau guna whisk sehingga naik wap (jangan sampai mendidih ya) dalam 10 minit (Api kena perlahan).
- Tuangkan adunan pandan ke atas pulut tadi dan kukus lagi selama 20 minit dengan api yag sederhana.
Resepi Oleh: Niessa Chang