Resepi Creamy Milky Cheesy Butter Prawn

Cara buat Creamy Milky Cheesy Butter Prawn yang sangat mudah.

Bahan-Bahan:

Udang 1/2 kg
1 tin Susu cair
Bawang putih 2 ulas (dicincang)
Bawang holland 1/4 biji (dipotong dadu)
6-7 helai daun kari
1/2 kiub ayam
1/2 sudu serbuk kari
Sehelai daun pandan (optional) *Saya suka aroma daun pandan so saya letak je. Ikut suka masing-masing, tak letak pun takpe.
Cili (optional. Kalau yang suka pedas, boleh tambah lagi banyak mana cili nak). Saya ni tak tahan pedas, cili kecil tu saya guna 1 je. Selebihnya saya guna cili merah besar sekadar untuk hiasan.
Sekeping cheese (apa-apa cheese pun boleh)
Tepung jagung
Butter (1/4 dari yang seketul tu)

Cara Membuat:

1. Mula-mula nak kena goreng udang dulu. Letak garam sikit secukup rasa. Gaul sebati dan simpan sekejap dalam peti sejuk 10 minit. Lebih pun takpe, kemudian bila nak start masak baru keluarkan udang. Tabur tepung jagung salut rata.

2. Kemudian goreng udang sampai agak-agak masak, keemas-emasan dh warna dia. Tak payah goreng lama sangat. Lepas tu, ketepikan udang.

3. Untuk buat kuah. Panaskan kuali, cairkan mentega. Tumis bawang holland, bawang putih, daun kari, hirisan cili, dan daun pandai sampai wangi & kekuningan.

4. Masuk serbuk kari dan tambah air sikit. Bila dah mendidih, masukkan susu cair. Lepas tu, masukkan kiub ayam, secubit garam dan setengah sudu kecil gula.

5. Kemudian masukkan cheese, kacau rata dan biarkan mendidih. Agak-agak kuah dah pekat, tutup api.

6. Ada orang dia suka masukkan udang ke dalam kuah dan gaul rata supaya udang sebati dengan kuah. Ada orang (saya lah tu) suka tuang kuah atas udang. Hehe. Mana-mana pun boleh. Selamat mencuba. Silakan share dengan izin sepenuhnya.

Resepi Oleh: ‎Iqtiyani Md Al-Amin‎

Comments are closed.