Resepi Salted Egg Cornflakes
Resepi Salted Egg Cornflakes
Terus terang ni bukan resepi Ellie cipta sendiri. Ellie siasat-siasat banyak resepi orang-orang lain. Adjust sana sini, try and error.
Beli sekotak cornflakes 1.2 kg pastu buat dan buat, improvise dan improvise, kasi jiran-jiran dan kawan-kawan, minta feedback dan saranan. Dan ramai yang dah rasa dok merayu suh jual, tak sabar nak beli!.
Dan last sekali Ellie rasa puas ati sangat dah dengan resepi adjust-adjust ni!.
Bahan-Bahan:
- 250g Kellog’s Cornflakes
- 75g butter
- 3-4 batang daun kari
- 3-4 cili kering (potong kecik2)
- 1/2 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecil serbuk kari daging
- 65g salted egg powder
Cara Buat:
1. Cairkan butter dalam kuali. Masukkan cili kering, daun kari, serbuk cili, dan serbuk kari. Masak kacau-kacau dalam 30 saat. Kecikkan kan api dan masukkan salted egg powder.
2. Masak kacau-kacau dalam 30 saat. Tutup api. Tonggeng masuk cornflakes. Gaul-gaul rata. Pastikan rata yaa, nanti ada yang tak kene flavour ni. Tonggengkan plak dalam loyang dan bake pada suhu 120’c selama 10 minit.
Tips:
- Guna pure butter lagi sodap!.
- Cornflakes timbang kilo keras. Tak garing! Tapi memang murah dan kaler lebih menarik.
- Kalo tak nak rasa pedas langsung, takyah letak serbuk cili dan kurangkan cili kering. Tapi cili kering wajib letak walau skit. Ni bagi aroma.
- Tak letak serbuk kari pun takpe. Tapi bila buh, baru terangkat!.
- Nak letak lebih salted egg powder pun bole. Ellie penah letak 100g. Memang terasa gile! Ketagihan sampai takleh berhenti walau perut dah sebu!.
- Suhu oven tu, ikut oven memasing ya. Turunkan 50-60’c dari biasa bake kek.
- Saranan pada nak jual, bole guna balang kod SP360. Timbang 125g boleh dapat 2 balang.
- Kalo seal molek-molek, betul sejuk baru pack dan bake cukup garing, bole tahan lebih sebulan juga. Kekal rangup garing!.
Resepi Oleh: Ellie Hj Darus