Resepi Sizzling Yee Mee Ayam Dan Cendawan
Resepi Sizzling Yee Mee Ayam Dan Cendawan
Bahan-Bahan:
- 2 gulung yee mee
- ayam – potong kecil-kecil
- 4 biji cendawan kering (rendam hingga kembang dan belah 2)
- 5 tangkai cili kering (potong dalam 1 inci)
- I inci halia (diketuk)
- 5 ulas bawang putih (cincang halus)
- 2 pokok sawi (siang dan dicelur sekejap)
- 5 sb kicap pekat
- 3 sb sos tiram
- 3 cawan air (kalau nak kuah banyak letak air lebih)
- 2 biji telur
- 1 sb tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
- Serbuk lada hitam
- Minyak secukupnya
- Garam dan perasa
Cara-Cara:
1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.
2. Masukkan kicap, sos tiram dan serbuk lada hitam, tumis lagi dan seterusnya masukkan ayam. Biarkan ayam separuh masak.
3. Masukkan air dan gaul sebati, seterusnya masukkan cendawan.
4. Seterusnya masukkan air bancuhan tepung jagung dan perasa dengan garam dan serbuk perasa. Terpulang ye nak pekat macam mana kuah tu.
5. Panaskan hot plate, masukkan dahulu kuah tadi dan seterusnya masukkan yee mee.
6. Akhir sekali masukkan sawi yang dicelur tadi dan pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.
7. Siramkan lebihan kuah, ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.
8. Taburkan serbuk lada sulah dan boleh lah tambah cili potong untuk menambah selera. Siap.. Selamat mencuba.
resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman