Senang Masak

Type and hit Enter to search

  • Utama
  • Resepi
    • Ayam
    • Biskut
    • Roti
    • Kuih
    • Daging
    • Seafood
    • Masakan Barat
    • Sarapan
  • Hantar Resepi
  • Penafian
  • Hubungi
MeeResepi

Resepi Mee Kari Sambal Udang Kering

SM Team
10/12/2019 2 Mins Read
1.4K Views
0 Comments

Resepi Mee Kari Sambal Udang Kering

Wife teringin nak makan mee kari, nasib baik kedai dekat. Cari bahan-bahan, balik buat. Suka tengok menambah 2 kali. Berbaloi penat mengemas rumah katanya.

Resepi penuh Ben sertakan kalau nak cuba Mee Kari Ben Style ni.

Bahan Kisar:

  • 4 ulas bawang merah saiz 50 sen lama
  • 3 ulas bawang putih kecil
  • 1 1/2 sudu makan udang kering
  • 1 batang serai

Kisar lumat.

Cara Buat:

1. Panaskan minyak dalam 1/3 cawan, tumis kulit kayu manis,1 tangkai daun kari dan 2 biji buah pelaga biar naik bau. Baru tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Api kecil je.

2. Masukkan 1 2/3 sudu makan kari daging, 1/2 sudu makan serbuk cili dan 1 sudu makan cili kisar. Api kecil je dan biar pecah minyak beberapa kali.

3. Baru letak daging yang dah direbus, stok air udang (hasil tapis kisaran kepala/kulit udang ), 1 kotak santan pekat dan 400-500 ml air ikut kepekatan anda suka. Masukkan sekali 1/3 keping gula melaka.

4. Biarkan mendidih. Baru perasakan dengan garam dan gula serta serbuk perasa. Letak tauhu goreng dan biarkan kuah menyerap pada tauhu. Siap.

5. Untuk bahan lain seperti sayur, mee, isi kerang, udang. Ben celur bila air dah mendidih. Senang.

Sambal Udang Kering

Bahan-Bahan:

  • 4 biji bawang merah saiz 50 sen dibakar
  • 2 ulas bawang putih dibakar
  • 1 sudu teh belacan dibakar
  • 1/2 genggam udang kering
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu teh asam jawa dan dicampur air
  • Garam dan gula
  • 1/3 cawan minyak

Cara Membuatnya Pula:

1. Bakar terlebih dahulu bahan yang perlu dibakar supaya lebih sedap dan harum. Kisar bawang merah, bawang putih, belacan, udang kering sehingga halus. Masukkan sedikit air sahaja ya.

2. Masukkan minyak ke dalam kuali dalam anggaran 1/3 cawan. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan barulah dimasukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak barulah dimasukkan air asam jawa beserta garam dan gula

3. Masak hingga pecah minyak dan pekat. Siap.

Resepi Mee Kari Sambal Udang Kering
Resepi Mee Kari Sambal Udang Kering

Resepi Oleh: Ben Safwan

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Click to share on Pinterest (Opens in new window) Pinterest

Related posts:

  1. Resepi Sizzling Yee Mee Ayam Dan Cendawan
  2. Resepi Sambal Telur, Hanya Sambal Asli Tanpa Sos
  3. Koleksi Resepi Kuih Talam Mudah Tapi Sedap

Tags:

meemee kariresepi meesambalsambal udangsambal udang keringudang kering

Share Article

Follow Me Written By

SM Team

Other Articles

Previous

Resepi Nasi Lemak Pandan Ayam Berempah

Next

Resepi Daging Bakar Sambal Pencicah ala Dannok Thai

Next
10/12/2019

Resepi Daging Bakar Sambal Pencicah ala Dannok Thai

Previous
02/12/2019

Resepi Nasi Lemak Pandan Ayam Berempah

No Comment! Be the first one.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

All Right Reserved!

  • Utama
  • Resepi
    • Ayam
    • Biskut
    • Roti
    • Kuih
    • Daging
    • Seafood
    • Masakan Barat
    • Sarapan
  • Hantar Resepi
  • Penafian
  • Hubungi
 

Loading Comments...