Resepi Sambal Telur, Hanya Sambal Asli Tanpa Sos
Resepi Sambal Telur, Hanya Sambal Asli Tanpa Sos
Bahan-Bahan:
- 6-10 bii telur (rebus dan goreng)
- 5 biji bawang merah india (yang warna gelap tu, kalau takde gune bawang merah besar dalam 2 labu)
- 4 ulas bawang putih (tumbuk dengan bawang merah tadi, nak kisar pun boleh aje)
- Cili kisar (blend sendiri ye, ambil dalam 2 senduk besar)
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu garam (pandai-pandailah adjust rasa garam dan gula dia erk, kena secukup rasa saya guna sudu makan)
- 1 cawan air
Cara Memasak:
1. Tumis bahan tumbuk sampai garing dan naik bau, jangan sampai hangit ye. Kalau yang blend kena tumis lama sikit, biar dia naik kekuningan.
2. Bila dah nampak kering tu, minyak dah timbul, baru masukkan cili kisar. Yang ni tak kisah lah nak letak lebih dari 2 senduk pun takpe, yang penting kena masak dia sampai pecah minyak dan garing (masa ni jangan masukkan garam dan gula lagi, api pun kena perlahan je).
3. Bila dah garing sampai 3 kali pecah minyak, baru boleh masukkan gula dan garam. Masa ni nak tambah air sikit pun bleh. Masuk sikit demi sikit dan masak dia sampai mendidih.
4. Warna dah gelap dan cantik berkilau, baru masukkan telur rebus yang telah digoreng. Siap (saya tak letak asam jawa atau sebarang sos, hanya sambal asli sahaja).
Resepi Oleh: Tengku RosElyza Raja Muhammad