Kek

Tutorial Buat Cotton Japanese Cheesecake

Tutorial Buat Cotton Japanese Cheesecake

Bahan A –

60 gram tepung gandum
20 gram tepung jagung
250 gram cream cheese
100 ml susu segar
50 gram butter
6 biji telur kuning

Bahan B –

140 gram gula
6 biji putih telur
1 sudu teh cream of tartar

*Gambar dekat bawah, saya buat double adunan.

Biarkan cream cheese, butter, dalam suhu bilik ye.

Tepung gandum dan tepung jagung diayak.

Gula castor.

Kuning telur yang diasingkan dari putih telur.

Masukkan cream cheese, butter, susu dalam periuk. Double boiler sampai semua larut.

Sampai jadi macam ni, sejukkan. Sementara tunggu sejuk, kita mix putih telur.

Mix putih telur sampai jadi meringue.

Mula mula mix putih telur sampai berbuih, masukkan gula sikit sikit ye, masukkan juga cream of tartar.  mix sampai kental.

Bila adunan cream cheese, susu, butter dah sejuk, masukkan kuning telur,gaul,masukkan tepung sekali. Gaul sebati.

Masukkan meringue dalam adunan tadi. Jangan guna mixer ye, guna spatula je.

Lapik pan dengan baking paper, saya guna pan 10 inci.

Tuang adunan tadi. Tuang sampai 3/4 penuh ye. Sebab lepas bake, kek akan mengecut sikit.

Bake dengan cara water bath, Suhu 160© selama 1 jam.

Keluarkan dari oven terus, Biar sejuk dalam suhu bilik. Bila dah sejuk masuk peti ais.

Lepas sejukkan dalam peti ais. Potong guna pisau yang dah dicelup air panas ye.

Resepi Serta Gambar Oleh: Syaz Amira

Comments are closed.